Sunday, September 25, 2011

Sedikit cerita tentang bahagia



Salam mesra buat semua :)

Bahagia.. semua orang mencari bahagia dalam hidupnya.. dan ia bersifat subjektif..

Saya masih ingat tentang sipnosis yang saya pernah baca dari sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Hazrizal Abdul Jamil, erti bahagia pada yang memberi.. :) Ringkas tapi mendalam ayatnya.. Antara input yang dikongsi, contohnya andai masing-masing sibuk bertanya tentang hak masing-masing untuk menerima,maka sesuatu urusan seperti rumahtangga pasti menemui jalan buntu kerana bercakap soal hak, semua orang pandai menunding jari.. Tapi andai masing-masing berusaha untuk saling memberi, insya' Allah dalam usaha memberi kita akan menerima juga akhirnya..


http://www.akuterimanikahnya.com/

"Hanya orang yang bahagia, dapat memberi kebahagian kepada orang lain.."
http://www.drmuhaya.com
Jadi, dalam usaha membuat orang lain bahagia, insya' Allah kita juga akan
menemuinya.. Memang bukan mudah tapi, ayuh kita pupuk sama-sama.

Erti bahagia bagi yang memberi. Mungkin inilah sifat perlu kita contohi.. Rasulullah SAW hidupnya terus berdakwah = memberi dan memberi, biarpun ada ketikanya dibalas dengan batu, hinaan dan pelbagai lagi bentuk cabaran. Tak tergambar rasanya, bagaimana kentalnya keyakinan dan iman Rasul junjungan semata-mata untuk menegakkan agama Islam tercinta.. Ya Allah, memang, tak mungkin kita dapat menjadi seperti baginda tetapi sebagai insan yang mengaku umatnya, wajar kita berusaha mencontohi keperibadian baginda.

Mari kita pupuk sama-sama dalam usaha menjadi umat baginda yang terbaik, amin.

Thursday, June 30, 2011

Usaha bermula dari satu langkah

Cerita tentang perniagaan

Perniagaan adalah salah satu cabang rezeki.. Malah, sering diperkatakan 9 daripada 10 cabang rezeki adalah melalui perniagaan.

Rasulullah S.A.W. yang merupakan tokoh berpengaruh sepanjang zaman juga menjadikan perniagaan sebagai wasilah dalam mengembangkan ekonomi dan pengaruh Islam.

Ingin saya kongsikan satu cerita yang sangat menarik perhatian saya baru-baru ini...Kisah tentang pesanan seorang bapa kepada dua orang anaknya.

Pesan bapa tersebut kepada dua anaknya, jika mahu berjaya dalam perniagaan,amalkanlah dua perkara ini:
1) Jangan menagih hutang



2) Sekiranya pergi/pulang jangan sampai terkena cahaya matahari..




Jika mendengar pesanan ini secara kasar, pasti aneh bunyinya..Bukan?


Maka, selepas beberapa tahun, ibu kepada 2 orang anak yang telah kematian suami ini melawat kedua-dua anaknya..

a) anak yang bongsu menjadi semakin miskin.. walaupun mengamalkan petua kejayaan bapanya..
Dia memberi hutang, tapi tidak pernah meminta semula..
Dia juga terpaksa menaiki teksi atau beca untuk ke premis perniagaannya kerana tidak mahu terkena cahaya matahari.

b) anak sulung bertambah maju.. kerana berjaya mengamalkan rahsia bapanya! Pelik bukan, satu berjaya.. satu tidak..

Ini rahsianya:
Oleh kerana tidak mahu menagih hutang, dia telah menjalankan perniagaan secara tunai. Dengan cara ini, modalnya sentiasa ada untuk membantu meluaskan perniagaan.

Dia memulakan perniagaan awal pagi sebelum matahari terbit dan tamat selepas matahari terbenam. Dengan itu, reputasi syarikat meningkat kerana masyarakat tahu bagaimana beliau menguruskan masa.




Nah, itulah rahsianya jika kita melihat sesuatu dalam sudut yang positif.. Percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :)

Komitmen kerja yang tinggi akan membantu dalam sebarang usaha. Tapi, janganlah sampai mengabaikan masa untuk agama, diri dan keluarga. Kerana hidup yang tidak seimbang, tiada gunanya..

Hidup ini juga sebahagian dari ibadah sepertimana petikan surah Al-Qur'an (51:56)
" Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi (beribadah) kepadaKu"

Jadikan hidup sebagai medan ibadah, pasti bermakna :)

Tuesday, March 15, 2011

Key for success

Just wanna share a picture that will be good as point to ponder.



A picture worth thousands words.. What did u see? For me, I always feel that this picture is telling that to be successful, it just a matter a putting a piece of puzzle.. You actually need to figure out the only missing piece, then all the problems and solutions will be connected and ready to be solve :)

Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Tahun Baru 2010.. tahun 2011

Tirai tahun 2010, telah pun melabuhkan tirainya.. Tahun 2011 mula menjengah..

Ya Allah, sudah meningkat usiaku.. tapi amalku..adakah meningkat atau sebaliknya? Tepuk dada, tanya iman..

Ya Allah, di kala aku kesunyian dan buntu, Kau beriku ketabahan dan kekuatan..
Di kala aku di mercu kejayaan.. seringkali alpa untuk bersyukur kepadaMU..
Ya Allah, moga hidupku sentiasa di bawah perlindunganmu..
Kasihanilah hambamu yang hina ini.. tapi masih mengharap sekelumit cahayamu..

Moga tahun 2011 ini lebih bermakna buat diriku, ibu bapaku, keluargaku, sahabat-sahabat seperjuanganku, Mukminin Mukminat, Muslimin Muslimat dan seluruh umat yang Engkau kasihi.

Jangan jadikan kehidupan ini sia-sia.. Jadikanlah ia sebagai satu wadah dan jalan untukku ke syurgamu..

Amin, Ya Rabbal Alamin..

Sunday, October 17, 2010

Amal Ibadah yang Paling Dicintai Allah

Sekadar berkongsi sebagai peringatan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang membaca..


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, “perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad Saw bersabda, “bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh karena itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan sore hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) karena dengan cara itulah kamu akan mencapai (surga)”.


Diriwayatkan dari Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, “apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad Saw bersabda,” amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”