Wednesday, February 10, 2010
ERTI HIDUP DI DUNIA
Alhamdulillah hari ini ingin rasanya berkongsi satu ucapan yang cukup bermakna petikan dari radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)..
Sesiapa yang berasa sedih atau takut kerana bimbang dengan musibah yang bakal menimpanya di dunia, sesungguhnya samalah seperti bersedih atas sesuatu bayang yang hakikatnya bersifat sementara
Semoga menjadi peringatan buat diriku dan sesiapa yang membaca petikan ini. Semoga ini juga menjadi pendorong kepada hamba ini untuk sentiasa berusaha redha dengan ketentuan Allah, seterusnya sedar, manusia ini memang dicipta untuk merasai kepayahan sepertimana jelas dinyatakan dalam al-Quran pada Surah Al- Balad, ayat 40
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah. "(90:40)
Jadi, biar sesusah mana pun kehidupan, itulah janji Allah. Apa yang mampu kita buat, teruskan usaha, jangan berputus asa kerana hakikatnya Allah menyukai hambanya yang sabar, Surah Ali Imran, ayat 146
" .... Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang bersabar" ( 3:146)
Itulah hakikat sabar yang sebenar.
" Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih- lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir " (3:147)
Bimbinglah kami Ya Allah dalam menyusuri hidup di dunia fana ini yang menjadi sumber penghidupan kami sebelum kembali ke alam baqa' yang kekal abadi. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment