Sunday, September 26, 2010
Ramadan & Aidilfitri...1431H
Salam Ramadan (maaf dah lama tak post apa2, idea datang mencurah-curah tapi kadang2 bila nak menulis tiba pada masa laptop bukan di hadapan mataku) ...
Ramadan telah pun berlalu dan mungkin post ni dah lewat untuk dipaparkan.. apapun, aku sangat merindui Ramadan.. saat ia tiba, aku sangat bersyukur kerana berpeluang bertemu dengan bulan penuh berkat ini.. Saat ia mula sampai ke penghujung... aku tertanya... adakah aku akan bertemumu kembali Ramadan...
Apapun, semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya... diisi dengan segala ibadah yang disyariatkan Allah hendaknya.. Amalan kita.. moga sampai kepada Pencipta, amin.
Salam Aidilfitri juga ...
Aidilfitri.. kembali kepada fitrah selepas raya...
Rasa-rasanya banyak rumah terbuka yang dilawati oleh masing-masing. Tak kurang juga yang dapat jemputan majlis aqiqah.. majlis doa selamat...majlis bertunang..jemputan kahwin..
Masing-masing mencuri masa menggunakan bulan raya ni untuk saling berkumpul. Itulah yang paling menarik masa raya ni pada pandanganku..
Suasana kerjasama, kunjung-mengunjung, bertanya khabar dan saling maaf bermaafan dipraktikkan hampir kesemua orang. :)
Alangkah baiknya kalau setiap masa kita semua kembali ke fitrah yang baik ni :)
Tapi sayang.. dalam sibuk kita semua menyambut raya.. keluarga seperti Datin Susilawati, pegawai CIMB bank, en Noorhisham dikejutkan dengan berita yang sungguh menyayat hati.. termasuk juga seorang suami yang pulang dari luar negara tapi ditemukan dengan berita kematian 2 insan penting dalam hidupnya... :((
Itulah wajah dunia hari ini.. Aidilfitri..masihkah ada maknanya?!
Bukan niatku mencacatkan semangat raya sesiapapun..tapi, itulah hakikatnya.. Inikah Aidilfitri yang kita harap2kan... Ya Allah, selamtkanlah kami daripada berada bersama kaum yang zalim, amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment