Tuesday, November 24, 2009

Love for me is..


Cinta...
Apa ertinya cinta andai membawa nestapa
Apa ertinya cinta andai tiada ketulusan hati

Ketulusan hati..
Dapatkah dibuktikan dengan kata-kata?
Wahai kekasih hati..bernama manusia
Fahamilah diriku ini
Aku hanya seorang wanita
Hidup di bumi Tuhan yakni Allah
Menumpang sementara
Bila tiba waktunya, pasti akan pergi jua
Layakkah aku mengelarmu kekasih hati
Sedang sewajarnya kekasih hati setiap makhluk adalah Allah?

Wahai insan bernama lelaki
Maaf kerana tidak dapat membalas cintamu
Maaf andai aku mengecewakan
Bagaimana mungkin aku membalas cintamu
Andai cinta juga bukan milikku
Sebaliknya milik Penciptaku

Wahai diri
Wahai sekeping hati
Ya, aku sekadar engkau jua seperti wanita lain
Ingin disayangi dan menyayangi
Maaf, cinta manusia masih bukan milikmu
Tunggulah, sabarlah
Apabila sampai masa, cinta pasti menjenguk hatimu

Ya Allah
Andai aku jatuh cinta
Izinkan diri ini mencintai hambaMU
Yang bisa mendekatkan diriku kepadaMU
Moga dia menjadi jodohku di dunia dan di akhirat
Amin Ya Rabbal Alamin

Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Bijaksana
Semoga tidak kau uji aku dengan cinta yang melalaikan
Izinkanlah aku untuk mencintaiMU Ilahi melebihi segalanya
Kerana aku hanya hamba
Tanpa rahmat dan kasihMU aku hanyalah segumpal darah tidak berharga..

No comments:

Post a Comment