Monday, May 17, 2010

Sahabat yang paling baik...


Orang yang berjaya... adalah orang yang biasa tetapi bertindak secara luar biasa.. Itulah ayat menarik dan memotivasikan diriku.. Aku mendengarnya melalui radio IKIM daripada seorang ustaz yang sangat terkenal dengan program "MARI MENGAJI" di TV9. Ya, Ustaz Zamri namanya :) senyumannya manis memikat :) Subhana Allah kepada pencipta yang menjadikan setiap insan dengan keistimewaannya sendiri..

Ustaz ini sering melontarkan ayat2 yang penuh hikmah. Aku masih ingat kali pertama aku betul2 mendengar motivasi pagi yang disampaikan ustaz ini di TV3. Ceritanya tentang sahabat yang sangat baik dimiliki oleh semua orang yang mengaku dirinya HAMBA ALLAH & UMAT RASULLULLAH SAW. Siapakah sahabat baik dan sepatutnya menjadi pegangan manusia itu???
Al-Qur'an. Ya... Kata Ustaz Zamri, bestnya ada sahabat macam ini..Surah Al-Fatihah, ada cerita yang sangat baik merangkumi seluruh kehidupan manusia dan kekuasaan ALLAH. Surah Yusuf, menerangkan cara mentadbir kerajaan dan kewangan sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Yusuf dalam mentafsirkan mimpi yang menandakan persediaan perlu dibuat semasa senang untuk menghadapi hari susah. Kisah Yusuf menghadapi fitnah&godaan wanita cantik..kisah baginda menangani isu keluarga...

Ya, serba serbi diceritakan dalam al-Qur'an :) ada banyak hikmahnya lagi. Insya' ALLAH akan saya kongsikan lagi :)

No comments:

Post a Comment