Thursday, June 30, 2011

Cerita tentang perniagaan

Perniagaan adalah salah satu cabang rezeki.. Malah, sering diperkatakan 9 daripada 10 cabang rezeki adalah melalui perniagaan.

Rasulullah S.A.W. yang merupakan tokoh berpengaruh sepanjang zaman juga menjadikan perniagaan sebagai wasilah dalam mengembangkan ekonomi dan pengaruh Islam.

Ingin saya kongsikan satu cerita yang sangat menarik perhatian saya baru-baru ini...Kisah tentang pesanan seorang bapa kepada dua orang anaknya.

Pesan bapa tersebut kepada dua anaknya, jika mahu berjaya dalam perniagaan,amalkanlah dua perkara ini:
1) Jangan menagih hutang



2) Sekiranya pergi/pulang jangan sampai terkena cahaya matahari..




Jika mendengar pesanan ini secara kasar, pasti aneh bunyinya..Bukan?


Maka, selepas beberapa tahun, ibu kepada 2 orang anak yang telah kematian suami ini melawat kedua-dua anaknya..

a) anak yang bongsu menjadi semakin miskin.. walaupun mengamalkan petua kejayaan bapanya..
Dia memberi hutang, tapi tidak pernah meminta semula..
Dia juga terpaksa menaiki teksi atau beca untuk ke premis perniagaannya kerana tidak mahu terkena cahaya matahari.

b) anak sulung bertambah maju.. kerana berjaya mengamalkan rahsia bapanya! Pelik bukan, satu berjaya.. satu tidak..

Ini rahsianya:
Oleh kerana tidak mahu menagih hutang, dia telah menjalankan perniagaan secara tunai. Dengan cara ini, modalnya sentiasa ada untuk membantu meluaskan perniagaan.

Dia memulakan perniagaan awal pagi sebelum matahari terbit dan tamat selepas matahari terbenam. Dengan itu, reputasi syarikat meningkat kerana masyarakat tahu bagaimana beliau menguruskan masa.




Nah, itulah rahsianya jika kita melihat sesuatu dalam sudut yang positif.. Percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :)

Komitmen kerja yang tinggi akan membantu dalam sebarang usaha. Tapi, janganlah sampai mengabaikan masa untuk agama, diri dan keluarga. Kerana hidup yang tidak seimbang, tiada gunanya..

Hidup ini juga sebahagian dari ibadah sepertimana petikan surah Al-Qur'an (51:56)
" Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi (beribadah) kepadaKu"

Jadikan hidup sebagai medan ibadah, pasti bermakna :)

No comments:

Post a Comment