Sunday, September 25, 2011

Sedikit cerita tentang bahagia



Salam mesra buat semua :)

Bahagia.. semua orang mencari bahagia dalam hidupnya.. dan ia bersifat subjektif..

Saya masih ingat tentang sipnosis yang saya pernah baca dari sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Hazrizal Abdul Jamil, erti bahagia pada yang memberi.. :) Ringkas tapi mendalam ayatnya.. Antara input yang dikongsi, contohnya andai masing-masing sibuk bertanya tentang hak masing-masing untuk menerima,maka sesuatu urusan seperti rumahtangga pasti menemui jalan buntu kerana bercakap soal hak, semua orang pandai menunding jari.. Tapi andai masing-masing berusaha untuk saling memberi, insya' Allah dalam usaha memberi kita akan menerima juga akhirnya..


http://www.akuterimanikahnya.com/

"Hanya orang yang bahagia, dapat memberi kebahagian kepada orang lain.."
http://www.drmuhaya.com
Jadi, dalam usaha membuat orang lain bahagia, insya' Allah kita juga akan
menemuinya.. Memang bukan mudah tapi, ayuh kita pupuk sama-sama.

Erti bahagia bagi yang memberi. Mungkin inilah sifat perlu kita contohi.. Rasulullah SAW hidupnya terus berdakwah = memberi dan memberi, biarpun ada ketikanya dibalas dengan batu, hinaan dan pelbagai lagi bentuk cabaran. Tak tergambar rasanya, bagaimana kentalnya keyakinan dan iman Rasul junjungan semata-mata untuk menegakkan agama Islam tercinta.. Ya Allah, memang, tak mungkin kita dapat menjadi seperti baginda tetapi sebagai insan yang mengaku umatnya, wajar kita berusaha mencontohi keperibadian baginda.

Mari kita pupuk sama-sama dalam usaha menjadi umat baginda yang terbaik, amin.

No comments:

Post a Comment